Pada 24 November 2024 (Ahad) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Lampu Jalan Solar LED Jenis Integrated di Kampung Baru Bagi Tahun 2024 yang melibatkan Sebelas (11) buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang.
Projek ini diselia oleh pasukan projek yang terdiri daripada Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR). Pemasangan sejumlah 1233 buah lampu Solar LED jenis Integrated yang melibatkan 192 buah kampung kesemuanya ini telah berjaya dlaksanakan dan diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaku Kementerian Pelanggan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan dan disaksikan oleh YBrs. Ir. Noor Ashikin Binti Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan turut bersama adalah wakil kementerian pelanggan iaitu YBrs Tuan Omran Bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT.
Majlis tersebut turut merangkumi acara tandatangan Sijil Penyerahan Projek dan tayangan video montaj yang berlangsung di Kampung Baru Menglembu, Ipoh Perak. Kampung Baru Menglembu adalah salah satu kampung yang menerima kemudahan lampu Solar LED jenis Intergated ini.
Objektif utama pemasangan lampu ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam memperkasakan penggunaan teknologi hijau serta mengurangkan jejak karbon negara. Selain itu, kerja-kerja pemasangan lampu jalan jenis ini juga jauh lebih mudah dan memerlukan penyelenggaraan yang minima, sekali gus mengurangkan kos-kos operasi di masa hadapan.
Kegigihan dan kesungguhan pasukan projek serta pihak-pihak kontraktor yang terlibat seharusnya diberi pujian atas kecemerlangan dan kejayaan perlaksanaan projek ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sekalung tahniah diucapakan atas kejayaan projek Lampu Jalan Kampung 2024 ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 868 bacaan