Date: Rabu, November 11, 2015

Sekalung Tahniah kepada CKBA 1 kerana telah berjaya menyiapkan Projek Pusat Permata Autisme. Majlis penyerahan projek ini telah berlangsung pada 3 November 2015.Majlis dimulakan dengan penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja oleh YBhg.Ar.Prof Datuk Dr. Amer Hamzah Bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan CKBA 1 selaku Pengarah Projek kepada Pengarah Urusan QSE Construction Sdn.Bhd. Majlis ini diteruskan dengan penyerahan kunci bangunan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada YBhg. Dato Seri Othman bin Hj Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. Aturcara penyerahan kunci diakhiri dengan penyerahan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri kepada Setiausaha Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saidatu Akhma binti Hassan.

Projek pembangunan Permata Kurnia ini merupakan pusat autisme yang pertama di Malaysia. Projek ini dikawalselia sepenuhnya oleh pasukan projek JKR yang diketuai oleh YBhg.Ar.Prof Datuk Dr. Amer Hamzah Bin Mohd Yunus. Projek pembangunan ini mengandungi 4 blok bangunan dengan keluasan tapak 2.62ekar bersamaan dengan 10,602m2, termasuk kawasan serahan jalan.  Manakala keluasan tapak pembangunan ialah 2.42ekar bersamaan dengan 9,793m2.  Jumlah keluasan lantai adalah 5,079m2.

Projek pembangunan ini melibatkan pembinaan 4 Blok bangunan: Blok Cahaya, Blok Harmoni, Block Fauna & Blok Flora yang terdiri dari Bahagian Pentadbiran, Bilik"Family Intervention", Bilik Pembelajaran dan juga Dewan yang boleh memuatkan 300 kanak-kanak.

Skop kerja projek ini termasuklah merancang, merekabentuk, membina, memantau, melakukan kerja-kerja pengujian dan pentauliahan dan kemudahan-kemudahan asas.