Date: Jumaat, September 4, 2020

Majlis penyerahan projek siap bagi projek penggantian lif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan tajuk kontrak PEMBAIKAN DI BANGUNAN MENARA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA - PENGGANTIAN LIF BAHARU yang telah diadakan pada 4 September 2020 (Jumaat) bertempat di Dewan Perdana, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi - 12.30 tengah hari.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan) kepada YBhg. Datuk Nordin bin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Turut hadir sama ke majlis ini adalah dif kehormat dari Agensi, Jabatan dan wakil pihak Kontraktor Lif, iaitu :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

  1. YBrs. Tuan Haji Zazali bin Haron, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  2. En. Zainal Abdin bin Ab. Manaf, Naib Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  3. En. Matias Kundapin, Pengarah Bahagian Pentadbiran, Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Jabatan Kerja Raya

  1. YBrs Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
  2. YBrs. Pn. Samini binti Haji Omar, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA2)
  3. YBrs Ir. Maria binti Marcus, Pengarah, Jabatan Kerja Raya W. P. Kuala Lumpur

 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  1. YBrs. En. Mohd Zulhasmi bin Mohd Roby, Wakil Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kontaktor Lif

  1. En. Tajjul Ariffin bin Mustafa, T.A. Cool System
  2. En. Abdul Shukur bin Abdul Rani (Firma Yang Kompeten - MS ELEVATORS ENGINEERING SDN BHD)

Pengurus program bagi projek ini adalah CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2 (CKBA 2). Pelaksanaan pembinaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman, iaitu dengan menggunakan kepakaran dalaman. JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah T.A. Cool System dengan harga kontrak semasa berjumlah RM3,119,770.00 bersama Firma Yang Kompeten (FYK) iaitu MS ELEVATOR ENGINEERING SDN. BHD. dengan membawa jenama TOSHIBA.

Projek penggantian lif di Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini melibat penggantian enam (6) unit lif dan telah dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama melibatkan penggantian tiga (3) unit lif dan telah diberi kebenaran untuk digunakan oleh pelanggan selepas mendapat Sijil PMA daripada pihak JKKP pada 24 Februari 2020.

Fasa kedua juga melibatkan tiga (3) unit lif dan telah diserahkan untuk kegunaan pelanggan selepas mendapat CF (Sijil PMA) daripada pihak JKKP pada 25 Ogos 2020. Bangunan yang terlibat adalah satu (1) blok pentadbiran di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kuala Lumpur.

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 8 dalam 1 iaitu :

  1. Perakuan Siap Kerja CPC pada 4 September 2020 – dua (2) hari lebih awal dari jadual asal
  2. Serahan projek pada Tarikh CPC dikeluarkan
  3. Lukisan Siap Terbina (As Built Drawing) dan Operation & Maintenance Manual (OMM)
  4. Penyata Akaun Muktamad, Statement of Final Account (SOFA)
  5. Penyediaan Manual Kepenggunaan (User Training Manual)
  6. Zero Major Defects
  7. Zero Lost Time Injuries
  8. Coffee Table Book


Lift Shaft


Lift Pit

Lift Traction Motor

Motor Room


Lift Car & SKM Logo

           
Enam (6) Unit Lif