Date: Rabu, Januari 24, 2024

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Kerja-Kerja Pembaikan, Naik Taraf Bangunan Dan Infrastruktur Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Klinik Desa Permatang Sintok, Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Januari 2024 (Selasa) bertempat di Klinik Desa Permatang Sintok,Kepala Batas, Pulau Pinang.

Majlis Penyerahan ini disempurnakan oleh Ir. Mohd Zuwairi bin Samsuddin -Jurutera Daerah JKR Seberang Perai Utara kepada  Dr. Haji Alias bin Haji Abdul Aziz - Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Majlis Penyerahan ini disaksikan oleh Ir. Ahmad Nazri bin Abdul Majid - Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang, Puan Maheswari Malayandy - Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Encik Zaimi Bin Yusoff - Pengarah Zaimi Yusoff Enterprise selaku Kontraktor Utama dan diserikan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor.

Skop utama projek adalah meroboh bangunan klinik sedia ada yang uzur dan membina semula bangunan klinik yang mempunyai Dua unit Bilik Rawatan, Bilik Suntikan, Makmal, Bilik Penyusuan serta Ruang Legar dan Ruang Menunggu. Rekabentuk klinik yang baharu ini juga megambil kira keperluan-keperluan yang diperlukan oleh golongan orang kurang upaya.

Komitmen yang tinggi daripada Jabatan Kerja Raya, pihak kontraktor dan pelanggan telah menjadikan projek ini  berjaya disiapkan pembinaan dalam tempoh lima(5) bulan sahaja.  Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini.

Semoga dengan penyiapan klinik desa yang baharu, akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.