Date: Khamis, Disember 28, 2023

Majlis serahan projek siap bagi Pembinaan Stor Penyimpanan Peluru Jabatan Penjara Malaysia Kajang, Selangor Darul Ehsan telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd. Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat kepada Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia selaku wakil pelanggan pada 22 Disember 2023 bertempat di tapak projek pada jam 10.00 pagi.

Turut menyerikan majlis ini adalah HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, Arkitek Penguasa Bahagian Arkitek JKR Selangor, wakil Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Selangor, Pengarah Bersatu Teguh Enterprise selaku kontraktor utama projek serta subkontraktor JRE Technology Sdn Bhd dan ATZ Engineering dan Pegawai-Pegawai Kanan daripada JKR, Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi lain yang terlibat.

Projek Pembinaan Stor Penyimpanan Peluru Jabatan Penjara Malaysia Kajang, Selangor Darul Ehsan telah dilaksanakan secara tender terbuka dengan pelaksanaan secara konvensional dalaman. Tujuan Projek Pembinaan Stor Penyimpanan Peluru Jabatan Penjara Malaysia, di Kajang ini dilaksanakan adalah bagi menyelesaikan isu storan senjata yang perlu dilupuskan serta menyelesaikan kuiri yang dibangkitkan oleh pihak berkuasa berhubung lokasi penyimpanan peluru dan senjata di Jabatan Penjara Malaysia. Projek ini telah dimulakan pembinaannya pada 15 Jun 2022 dengan kos asal sebanyak RM 1.36 juta. Pembinaan projek ini juga telah diperaku penyiapannya pada 13 Oktober 2023.

Skop utama projek ini terdiri dari sebuah Bangunan Penyimpanan Stor Peluru. Projek ini dikategorikan sebagai kriteria siap TUJUH (7) DALAM SATU (1) iaitu;
1.    Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2.    Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
3.    Statement of Final Account (SOFA)
4.    Zero Fatal Accident
5.    Zero Injury
6.    Zero Major Defect
7.    Penyediaan Coffee Table Book (Digital)

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengurus Program Cawangan Kerja Keselamatan, HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, HODT JKR Selangor, Pasukan Projek JKR Daerah Hulu Langat serta kontraktor utama dan subkontraktor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

stor peluru

stor peluru

stor peluru

stor peluru

stor peluru

stor peluru

stor peluru

stor peluru

stor peluru

stor peluru

stor peluru