Majlis Penyerahan Projek Siap Cadangan Membina Bangunan Tambahan Dua (2) Tingkat dan Mengubahsuai serta Memulihara Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Januari 2025 (Rabu) bertempat di Bangunan Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Rawang, Selangor.
Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Ir. Hj. Shukri bin Ishak , Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Ybrs. Tuan Azham bin Bachok @Hj. Mohd Yassin Timbalan Setiausaha Cawangan Pembangunan dan Kewangan, Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Majlis Turut Dihadiri Oleh Ybhg. Datuk Mohd Razali Bin Wahab Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor; YBrs. Tuan Shanmugam A/L Thiagarajan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia; YBrs.Tuan Zaini Bin Yaacob Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Selangor; YBrs. Encik Badrul Hisham Bin Baharom, Jurutera Awam Penguasa Bangunan JKR Negeri Selangor; YBrs. Ir. Hajjah Azura Hanim Binti Sulaiman Jurutera Daerah JKR Gombak. Pegawai Penguasa Projek dan YBrs. Encik Muhammad Afiq Bin Mohd Anuar, Kontraktor Utama; dan wakil-wakil yang turut terlibat dalam pelaksanaan projek.
Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Sumber manusia, Jabatan Tenaga Kerja Selangor, Pejabat Tenaga Kerja Rawang, Ibu pejabat JKR Malaysia, JKR Selangor dan JKR Daerah Gombak.
Pihak Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) telah dilantik sebagai Pengurus Program dan Pengarah JKR Negeri Selangor sebagai Penolong Pengurus Program. Menakala Bahagian Bangunan, JKR Selangor telah dilantik sebagai Head of Project Team (HOPT) dan pasukan Head of Design Team (HODT) terdiri daripada Bahagian Arkitek JKR Selangor, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Selangor, Bahagian Rekabentuk Awam Struktur JKR Selangor dan JKR Daerah Gombak.
Projek yang dilaksanakan secara Konvensional dalaman ini telah disiapkan dalam tempoh 2 Tahun 7 Bulan 24 hari iaitu bermula pada 25 April 2022 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 18 Disember 2024 iaitu Awal 5 Hari dari Tarikh Siap semasa pada 23 Disember 2024.
Skop yang terlibat terdiri daripada:-
- 1 Blok Bangunan Tambahan baharu dua (2) Tingkat;
- 1 Pencawang Padat TNB;
- 19 petak parkir kereta dan 6 petak parkir motorsikal dan 1 petak parker OKU;
- Tangki Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) ; dan
- Kerja-kerja pemuliharaan dan baikpulih fasiliti sediaada di Pejabat Tenaga Kerja Rawang
Dalam usaha JKR memberikan produk akhir kepada pelanggan, penambahbaikan dalam pengurusan projek sentiasa diberi penekanan dan perhatian yang khusus. JKR sentiasa berusaha dalam memenuhi keberkesanan pengurusan projek dengan menambaik pencapaian agar projek yang dilaksanakan JKR dapat disiapkan memenuhi kriteria 3 dalam 1 iaitu:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Lukisan Siap Bina (As built drawing); dan
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
Dengan beberapa pencapaian lain:
- Projek Siap Awal – 5 Hari;
- Penilaian Kepuasan Pelanggan >90%;
- Operation and Maintenance Manual;
- Zero Major Defect;
- 106, 312 manhours Loss Time Injuries (Zero LTI) - Sifar kemalangan;
- Coffee Table Book;
- Pematuhan Sepenuhnya JKKP; dan
- Penyerahan Projek Kepada Pelanggan dalam tempoh 3 bulan selepas CPC.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada kepada pasukan projek JKR iaitu Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan daripada Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Pengurus Program, Bahagian Bangunan JKR Selangor selaku HOPT, JKR Daerah Gombak selaku Pegawai Penguasa Projek, HODT dan WPP Arkitek, Mekanikal dan Elektrik serta kakitangan yang terlibat dalam menjayakan projek ini Selain itu, ucapan tahniah kepada kontraktor utama dan sub kontraktor yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan komited.
Turut tidak dilupakan, ucapan tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan KESUMA, Jabatan Tenaga Kerja Selangor dan Rawang serta Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat utiliti seperti Majlis Perbandaran Selayang, TNB Rawang, IWK dan Pejabat Tanah & Daerah Gombak yang telah sama-sama menggembeling tenaga memberi kerjasama dalam membantu melaksanakan projek ini siap dengan jayanya.
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat
- 452 bacaan