Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah MSR Technology Sdn Bhd selaku kontraktor utama projek serta Pegawai-Pegawai daripada JKR, MARA, German-Malaysian Institute (GMI) dan agensi lain yang terlibat.
Projek ini merupakan projek yang telah dilaksanakan secara tender terbuka dengan pelaksanaan secara konvensional dalaman dengan kos asal sebanyak RM 2,172,172.00.
Projek yang dilaksanakan secara tender terbuka ini dilaksanakan selama 18 minggu, iaitu bermula 14 April 2023 sehingga 14 Oktober 2024. Pihak kontraktor telah berjaya menyiapkan projek sepenuhnya pada 14 Oktober 2024, iaitu tarikh siap asal. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor atas komitmen menyiapkan projek ini.
Skop utama projek ini adalah penukaran kerangka bumbung dan bumbung. Projek ini dikategorikan sebagai kriteria siap TUJUH (7) DALAM SATU (1) iaitu:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2. Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 3 Bulan Selepas CPC;
3. Statement of Final Account (SOFA);
4. Lukisan Siap Bina (As-built Drawing);
5. Penyediaan Coffee Table Book (Digital);
6. Operation & Maintenance (O&M) Manual; dan
7. Tiada Kemalangan Sepanjang Tempoh Kontrak.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengurus Program Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, Pasukan Projek JKR Daerah Hulu Langat serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.
- 414 bacaan