Date: Rabu, Disember 20, 2023

Majlis Penyerahan Projek Siap iaitu Projek Membekal, Memasang, Menguji dan Menguji Terima Satu (1) Unit Chemical Analysis Mobile Lab dan Dua (2) Unit Kenderaan Operation Mobile Unit Untuk Jabatan Kimia Malaysia telah berlangsung pada 18 Disember 2023 (Isnin) di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir Haji Badioezaman Bin Abd Khalik kepada Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia iaitu YBrs Puan Halimah binti Abdul Rahim. Upacara penyerahan ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Untuk makluman juga, Cawangan Kerja Bangunan AM 2 selaku Pengurus Program dan HOPT adalah di peringkat  Cawangan Kejuruteraan Mekanikal seterusnya Ketua Jurutera Mekanikal, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia dua projek ini.

Projek ini merupakan projek pertama di Asia yang melibatkan pembinaan sebuah makmal kima bergerak keselamatan Chemical Biological, Nuclear & Radiation, CBRN yang melibatkan perolehan melebihi 13,000 peralatan dan pemasangan peralatan kimia oleh syarikat khusus pembinaan sistem CBRN di Finland.

Projek ini dilaksanakan bagi membolehkan Jabatan Kimia Malaysia menjalankan pengesanan di tempat kejadian dan analisis di lapangan dengan penggunaan kelengkapan makmal bergerak (Mobile Lab) bagi membolehkan laporan awal dikeluarkan. Laporan awal amat penting bagi menentukan tahap keselamatan kawasan insiden dan penilaian risiko di tempat kejadian.

Pengesanan dan pengesahan bahan kimia di tempat kejadian merupakan satu elemen penting yang dapat membantu meningkatkan kecekapan tindakan yang boleh diambil untuk menyelamatkan nyawa orang awam. Mobile lab yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan santifik dan alat-alat pengesan yang sesuai merupakan satu keperluan yang dapat membantu meningkatkan keupayaan Jabatan Kimia Malaysia.

Di samping itu, penggunaan mobile lab dapat menghasilkan keputusan yang cepat di mana laporan awal kimia boleh dikeluarkan di lapangan untuk digunakan terus oleh pasukan First Responder di Malaysia  

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan projek yang terdiri daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kimia Malaysia yang telah menjayakan perlaksanaan projek ini.

jabatan Kimia

jabatan Kimia

jabatan Kimia

jabatan Kimia

jabatan Kimia

jabatan Kimia

jabatan Kimia

jabatan Kimia