Pada 22 Januari 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Persidangan Bunga Raya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap bagi projek-projek Jalan Luar Bandar dibawah pejabat Pengurus Program Cawangan Jalan sepertimana berikut :-
Majlis telah disempurnakan oleh Dato' Sri Ramlan bin Dato' Harun, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan yang mewakili Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Bahagian Prasarana KKDW, Pengarah JKR Pahang, Jurutera-jurutera Daerah, pihak HOPT iaitu Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar, Cawangan Jalan, wakil-wakil agensi negeri dan daerah serta kontraktor utama.
Syabas dan Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini. Diharap dengan perlaksanaan projek-projek ini dapat menambahbaik infrastruktur kawasan luar bandar dan sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi setempat.
- 1529 bacaan