Date: Rabu, Oktober 5, 2022

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – 4 OKTOBER 2022 (SELASA) telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap Klinik Kesihatan (Jenis 5) Lenggeng, Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh           YBhg. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada YBhg. Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia melalui upacara simbolik penyerahan replika kunci projek yang disaksikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dato' Ar. IDr. Azman Bin Md. Hashim, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya.

Projek ini memanfaatkan rekabentuk Pre-Approved Plan (PAP) yang bermula pada 7 November 2017 dan siap sepenuhnya pada 22 April 2022. Projek ini juga telah dapat diserahkan dengan memenuhi kriteria 3 dalam 1;

  1. Lukisan Siap Bina (As-built drawing)
  2. Manual Operasi dan Penyelenggaraan
  3. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa, serta barisan HOPT dan HODT, kontraktor Pembinaan Genting Press Sdn. Bhd dan semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan penyempurnaan dan kejayaan dalam penyerahan projek ini.