Date: Selasa, Oktober 31, 2023

Kuala Lipis, 28 Oktober 2023. Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan (Jabatan Pendidikan Pahang) bagi Projek Pembinaan Bangunan Gantian 1 Blok Asrama & Kemudahan Lain untuk untuk 100 Pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis,Pahang Darul Makmur telah diadakan pada 28 Oktober 2023 yang lalu.

Majlis Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad,Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., kepada wakil Pelanggan Jabatan Pendidikan, En. Ahmad Zamri Bin Md Isa, Timbalan Pengarah Pendidikan. Majlis turut dihadiri HOPT Bahagian Pendidikan JKR Negeri Pahang, HODT Bahagian Arkitek, Bahagian Struktur, Cawangan Kerja Elektrikal (CKE) JKR Pahang, Cawangan Kerja Mekanikal Negeri (CKM) JKR Pahang, Wakil Pihak Sekolah, Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kontraktor Utama Kostegap Construction Sdn Bhd, Syarikat Letrik Gemini, Perima Enterprise, MYZ Construction & Enterprise.

Sebagai simbolik penyerahan projek, Replika kunci diserahkan oleh kontraktor utama Kostegap Construction Sdn Bhd kepada Timbalan Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad dan seterusnya menyerahkan replika kunci berkenaan kepada wakil Pelanggan, En.Ahmad Zamri Bin Md Isa , Timbalan Pengarah Pendidikan.

Kaedah perlaksanaan projek adalah secara Konvensional. Pihak yang terlibat adalah Bahagian Kerja Pendidikan, Bahagian Arkitek JKR Pahang, Bahagian Struktur JKR Pahang,Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Pahang, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Pahang dan JKR Daerah Lipis. Tarikh milik tapak projek ini adalah 05 November 2020 dan tarikh siap semasa pada 01hb September 2023 dengan kos projek sebenar projek RM 7,591,118.54.

Di dalam ucapan YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad Timbalan Menteri Kerja Raya mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pelanggan mengikut tempoh yang ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada HOPT Bahagian Pendidikan JKR Pahang, HODT, Pasukan Projek JKR Daerah Lipis serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.