Date: Isnin, Jun 10, 2024

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Infrastruktur Untuk Perpindahan Skuadron Hawk Ke Pangkalan Udara TUDM Labuan telah dilaksanakan pada 7 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Bangunan Auditorium, HQ Baharu, No.6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR W.P. Labuan selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Brigedien Jeneral Hj Muhamad Taha bin Hamdan TUDM, Komander Pangkalan Udara, Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis penyerahan projek telah disaksikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya;  YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad,  Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya; YBrs. Tn Mohd Radzuan bin Abdul Manaf, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Wan Amin Hafiz Bin Wan Mahmud TUDM, Panglima Wilayah Udara 2, Markas Wilayah Udara 2, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Sesi penyerahan projek turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Kolonel Asroha binti Haron TUDM, Pengarah Program, Markas Tentera Udara, Perancangan & Pembangunan; YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah, Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Ir. Waznah Binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan, Infrastruktur Pengangkutan, JKR Malaysia;  YBrs. Tn Hj. Jamaruslam bin Abdullah, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan; YBrs.Tn Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan; YBrs. Muhammad Zulhilmi Bin Jeffry Chan, Pengarah Jabatan Kejuruteraan & Pembangunan, Perbadanan Labuan, Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia; pasukan projek daripada Ibu Pejabat dan JKR W.P. Labuan serta pegawai daripada Kementerian Pelanggan dan Agensi. 

Projek yang bernilai RM19.2 juta ini telah siap sepenuhnya pada 15 Mac 2024. Kerja-kerja yang telah disiapkan termasuklah menaiktaraf Bangunan Ibu Pejabat Sedia ada, Firstline, Garaj & Computer Based Training (CBT) dan Pejabat Aircraft Ground Support Equipment/Vehicle (AGSE/AGSV), Pembinaan Bangunan Ibu Pejabat Baharu, Pembinaan Bangunan Blok Bujang dan Kerja-Kerja Pavemen di Taxiway Bravo dan Taxiway Alpha. Penyerahan projek ini bakal memberi impak positif kepada MINDEF dalam meningkatkan keupayaan Skuadron Hawk dalam menjalankan operasi serta memastikan benteng keselamatan negara sentiasa terkawal di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 6 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:

  1. Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Project Completion, CPC);
  2. Statement of Final Account (⁠SOFA);
  3. Lukisan Siap Terbina (As Built Drawing);
  4. Zero Lost Time Injury;
  5. Penjimatan Kos, dan
  6. Coffee Table Book

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, HODT, Pasukan Projek JKR W.P. Labuan serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Syabas dan tahniah diucapkan.