Date: Khamis, September 29, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan Kementerian Alam Sekitar Dan Air bagi Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Pulau Pinang- Kerja Pembaikan Cerun telah diadakan pada 29 September 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Mutiara, JKR Seberang Perai Tengah Pulau Pinang.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Ir Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid  Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang kepada En Bukhari Afif Bin Yaakob, wakil daripada Bahagian Bekalan Air, Kementerian Alam Sekitar dan Air dengan turut disaksikan oleh Tuan Hj Yahyarudin Bin Mohamed Yaacob, wakil daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Kawal Selia Air, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, JKR Pulau Pinang,JKR Seberang Perai Tengah dan pihak kontraktor Hawa Wang Enterprise.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) serta diselia oleh JKR Seberang Perai Tengah Pulau Pinang selaku Pegawai Penguasa. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Hawa Wang Enterprise  bermula pada 28 Oktober 2021 dan telah berjaya disiapkan pada Tarikh Siap Kontrak iaitu pada 26 Ogos 2022.

Kos kontrak projek ini adalah berjumlah RM 1,188,888.00 juta  dan kos siap semasa adalah RM943,058.90 dengan penjimatan sebanyak RM 245,829.10 iaitu bersamaan 20 % daripada peruntukan kos kontrak.

Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan gabion, rockfill, micropiles, waller beam, skin wall, soil nailing, berm drain, cascade drain dan close turfing termasuk kerja-kerja pembaikan sistem saliran di kawasan cerun tersebut. 

 Projek ini turut berjaya disiapkan dan diserahkan secara 8 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing),
  3. Penyata akaun muktamad (SOFA),
  4. Siap pada Tarikh Tempoh Kontrak
  5. Penjimatan projek sebanyak RM 245,829.10
  6. Zero Major Defect
  7. Zero Lost Time Injuries
  8. Coffee Table Book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Seberang Perai Tengah Pulau Pinang, Cawangan Kerja Cerun dan Kontraktor Utama Hawa Wang Enterprise serta semua agensi yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.