Date: Jumaat, Oktober 6, 2023

Majlis Penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK MENAIK TARAF DAN PEMBAIKAN DEWAN SERBAGUNA DAN AKSES UTAMA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUS INTAN BUKIT KIARA telah diadakan pada 2 Oktober 2023 (Isnin) di Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md. Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan disaksikan oleh YBrs. Tuan Jalil Husni bin Yahaya, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam, YBrs. En. Sulaiman Yaakob bin Ayub, Pendaftar Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan YBrs. En. Mohamad Tayap bin Samsuri, Pengarah Urusan FB Technique Sdn Bhd.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pasukan projek terdiri daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) dan Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS) sebagai Head of Design Team (HODT) serta diselia oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa.

Projek secara tender terbuka ini dilaksanakan oleh kontraktor FB Technique Sdn. Bhd.  bermula pada 12 Mei 2022 dan telah siap pada 8 September 2023 dengan harga kontrak asal.

Projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf dan pembaikan keseluruhan dewan serbaguna (melibatkan kerja civil dan arkitek), kerja mekanikal (penghawa dingin dan pencegah kebakaran), kerja elektrik (LV dan ELV dan termasuk pemasangan LED Screen di pentas utama) dan kerja menaiktaraf landskap termasuk arca logo INTAN di Bulatan INTAN.

Projek ini turut berjaya disiapkan dan diserahkan secara 8 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 8 Sept 2023
  2. Penyiapan Lukisan Siap Bina (As Built Drawing)
  3. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account (SOFA))
  4. Dokumen Operation & Maintenance Manual (O&M)
  5. Dokumen Penyerahan
  6. Zero Accident dalam tempoh pembinaan
  7. Zero Major Defect
  8. Coffee Table Book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semua HODT, INTAN, JPA, Kontraktor, nominated subcontractor dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.

intan kiara

intan kiara

intan kiara

intan kiara