Date: Selasa, September 1, 2020

Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Blok Tambahan Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2020 (Khamis) bertempat di Dewan Bankuet Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Ibu Pejabat JKR Malaysia yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Abdul Latif bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan YBrs. Puan Natrah binti Mohd Zahari, Ketua Seksyen Pembangunan & Perolehan, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Head of Project Team (HOPT),  JKR Negeri Kedah dan Kontraktor Utama iaitu Uzaimin Enterprise (Alor Setar) Sdn. Bhd.

Pembinaan projek Blok Tambahan Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah telah bermula pada 27 September 2017 dengan harga kontrak semasa berjumlah RM37,034,325.39 yang mengandungi komponen-komponen utama seperti berikut:

  1. Bangunan Pentadbiran setinggi 4 tingkat;
  2. Dewan Serbaguna;
  3. Stor  Rampasan  Kenderaan  Berbumbung;
  4. Bangunan Kandang Anjing Pengesan Dadah;
  5. Bangunan TNB dan Bangunan Mekanikal;
  6. Garaj Kenderaan Jabatan;
  7. 2 Pondok Pengawal beserta pintu gerbang; dan
  8. Lain-lain kemudahan sokongan.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Cawangan Kerja Bangunan Am 1, HODT dan JKR Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa Projek yang berjaya menyiapkan projek ini pada 24 Ogos 2020 dengan memenuhi kriteria siap 12 Dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion, CPC) pada 24 Ogos 2020;
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawings);
  3. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account, SOFA);
  4. Projek berjaya disiapkan dua (2) minggu lebih awal;
  5. Pendaftaran aset tak alih dan inventori;
  6. Fire Certificate diterima sebelum CPC;
  7. Skor IBS mencapai 72.3 peratus melebihi skor 70 peratus yang ditetapkan;
  8. Zero Major Defects - Tiada kecacatan  yang  besar;
  9. Lost Time Injuries (LTI) - tiada kemalangan besar sepanjang jam bekerja;
  10. Coffee Table Book berjaya  dihasilkan;
  11. Mencapai Kepuasan Pelanggan; dan
  12. Penyerahan projek awal 3 hari selepas CPC.

Tahniah dan Syabas juga kepada pihak Kontraktor Utama, Uzaimin Enterprise (Alor Setar) Sdn. Bhd. dan sub-kontraktor yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan hasil kerja yang berkualiti.

Semoga dengan kejayaan projek ini akan dapat menetapkan penanda aras baru di JKR selaras dengan visi Jabatan untuk menjadikan JKR sebagai penyedia perkhidmatan teknikal bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam Pengurusan Aset, Pengurusan Projek dan Perkhidmatan Kejuruteraan untuk pembangunan dan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif.

SETINGGI TAHNIAH diucapkan kepada seluruh pasukan projek (HOPT, HODT, Pegawai Penguasa Projek dan Kontraktor) di atas kejayaan menyiapkan projek Pembinaan Blok Tambahan Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah mengikut jadual serta memenuhi kriteria siap 12 DALAM 1. Syabas!

Berita oleh :
Bahagian Pengurusan Projek 5
Cawangan Kerja Bangunan Am 1