Pada 19 November 2024 (Selasa), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah berjaya melakar satu lagi sejarah melalui serahan Projek Menaiktaraf Dan Ubahsuai Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Langkawi, Kedah Darul Aman.
Untuk makluman, JKR Daerah Langkawi telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini bermula pada 18 Oktober 2023 dan siap sepenuhnya pada 3 Oktober 2024, iaitu awal 12 hari dari tarikh penyiapan asal kontrak. Projek ini dilaksanakan secara konvensional (dalaman) dengan menggunakan kepakaran Jurutera dan Arkitek JKR, tanpa melantik sebarang khidmat Juru Perunding. Penyeliaan projek dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Daerah Langkawi dimana wakil pegawai penguasa projek adalah Jurutera Daerah sendiri.
Kejayaan menyiapkan projek ini menunjukkan segala usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang menjadi faktor penting sehingga projek ini dapat disiapkan serta dapat diserahkan kepada pihak pelanggan pada hari ini.
Projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia 3 dalam 1, malahan telah memberi nilai tambahan 6 dalam 1 merangkumi perkara-perkara berikut :
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 3 Oktober 2024;
- Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
- Penyiapan As Built Drawing;
- Operation & Maintenance (O&M) Manual;
- Zero Lost Time Injuries (LTI); dan
- Zero Major Defects.
Projek naik taraf ini melibatkan beberapa skop dan komponen utama antaranya;
- Kerja-Kerja Awalan
- Kerja Bangunan
- Kerja Luaran
JKR Daerah Langkawi turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas kepercayaan yang diberi untuk melaksanakan bagi projek ini. JKR Malaysia selaku agensi teknikal di Malaysia, berasa amat bertuah kerana telah diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan projek ini. Adalah diharapkan dengan kepercayaan yang telah diberikan, Jabatan Kerja Raya akan lebih bersemangat dalam memastikan pencapaian kualiti projek pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada kepada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CFSB) selaku Pengurus Program bagi projek ini yang telah banyak memberikan kerjasama dalam melaksanakan projek ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak HOPT/ HODT yang terlibat, Ketua Jurutera Elektrik Negeri selaku Wakil Pegawai Penguasa Elektrik, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri selaku Wakil Pegawai Penguasa Mekanikal, pihak kontraktor dan semua warga JKR yang telah banyak memberikan komitmen dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 735 bacaan