Majlis Penyerahan serentak dua (2) Projek Siap yang dilaksanakan oleh JKR Malaysia dan dikawal selia sepenuhnya oleh Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Selangor iaitu Naiktaraf Hospital Kajang, (Reka Dan Bina), Selangor Darul Ehsan serta Pembinaan Dewan Bedah dan CSSD baru Hospital Banting, Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Oktober 2024 (Jumaat) bertempat di Tapak Projek Naiktaraf Hospital Kajang (Kompleks Wanita & Kanak – Kanak).
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Selangor mewakili Pengarah Projek/Pegawai Penguasa kepada YBrs. Encik Mohd Rashidi Bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sesi penyerahan ini disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim Bin Esa, TKPKR Sektor Bangunan dan YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, KKM. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pengarah ICU Selangor, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR; Ir. Nazmi Bin Jaafar, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Selangor (selaku Wakil PD/Wakil PP), Pengarah Hospital Kajang dan Timbalan Pengarah Hospital Banting, pihak kontraktor dan perunding serta semua pasukan gerak kerja projek yang terlibat.
Projek Naiktaraf Hospital Kajang ini bermula pada 28 Mac 2018 (Tarikh Milik Tapak) dan disiapkan pada 26 Julai 2024 (Tarikh CPC) dengan kos projek RM287.3 juta. Hospital ini dilengkapi dengan 272 katil, 14 bilik bersalin, 6 bilik bedah serta kemudahan klinik pakar dan pusat rawatan harian merangkumi:
- Satu (1) blok hospital 9 tingkat
- Satu (1) blok mekanikal & elektrikal
- Tempat letak kereta bertingkat dan terbuka yang boleh memuatkan 627 kenderaan termasuk 12 unit untuk OKU.
Projek Dewan Bedah & CSSD Baru Hospital Banting pula bermula pada 15 Julai 2019 (Tarikh Milik Tapak) dan berjaya disiapkan pada 22 Mei 2024 (Tarikh CPC) dengan kos projek RM 25,441,354.30. Kompleks ini terdiri daripada dua (2) buah bilik dewan bedah serta satu (1 Unit) CSSD dengan ketersediaan tambahan dua (2) buah lagi untuk kegunaan masa akan datang.
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Statement of Final Account (SOFA);
- Penyiapan Lukisan Siap Bina (As Built Drawing);
- Operation & Maintenance (O&M) Manual;
- Penjimatan Kos sebanyak RM 17.238 juta bagi Projek Hospital Kajang dan RM 0.438 juta bagi Projek Hospital Banting.
- Dokumen Penyerahan KKM (33 Senarai Semak)
- MyCREST dengan Penarafan 1 Bintang (Design Stage) – Hospital Kajang
- QLASSIC dengan Skor 76% - Hospital Banting
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan Pasukan Projek di JKR Selangor selaku pasukan penyeliaan tapak, Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT).
Setinggi - tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Bahagian Pembangunan & Perancang, KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Kajang & Hospital Banting serta kontraktor Naluri Rezeki Sdn. Bhd. (Projek Naiktaraf Hospital Kajang) dan Consolidated Legend Sdn. Bhd. (Projek Dewan Bedah & CSSD Baru Hospital Banting) atas komitmen dan usaha menjayakan penyiapan projek ini.
#JasaKepadaRakyat
#KItaJKR
#JKRsynergy
Naiktaraf Hospital Kajang
Pembinaan Dewan Bedah dan CSSD baru Hospital Banting
- 1627 bacaan