Date: Selasa, Januari 23, 2018

Majlis penyerahan Projek Tender Semula untuk Kerja-kerja Pembinaan Balai Polis Country Homes, Rawang, Selangor telah diadakan pada 19 Januari 2018 (Jumaat) di perkarangan Balai Polis Bandar Country Homes. Projek ini berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara 3 in 1 iaitu :
1. Certificate Practical Completion (CPC)
2. As-Built Drawing dan Operation Manual & Maintenance (OMM)
3. Statement of Final Account (SOFA)

Majlis telah disempurnakan dengan menandatangani dokumen penyerahan projek di antara Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor, YBrs. Ir. Rozita binti Mat Senapi dan Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBrs. Puan Rafea’ah binti Nahar. Majlis penyerahan kunci di antara kontraktor utama, Jutabina Sempurna Sdn. Bhd dan Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor turut berlangsung.

Penyerahan Projek Tender Semula untuk Kerja-kerja Pembinaan Balai Polis Country Homes, Rawang, Selangor ini merupakan satu lagi kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di jabatan ini dalam usaha untuk menyediakan keperluan ruang pejabat kepada warga PDRM iaitu dalam rangka kerja untuk memberi kemudahan dan keselesaan yang mana matlamat akhirnya ialah outcome dan output kerja serta perkhidmatan yang lebih berkualiti dan inovatif dapat dihasilkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak KDN, PDRM, JKR dan juga pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan Pembinaan Balai Polis Bandar Country Homes. Penyerahan projek ini juga diharap dapat memberi keselesaan kepada anggota Polis bagi meningkatkan keselamatan dan keharmonian warga sejagat Bandar Country Homes. 



Bangunan Balai Polis Country Homes, Rawang, Selangor
 

Bilik Orang Kena Tuduh (OKT)


Bilik Pengecaman


Bilik Tahanan


Bilik Pemeriksaan