Date: Selasa, Februari 28, 2017

06 Feb 2017 (Isnin) Majlis Penyerahan Projek Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah, Kelantan dimulakan dengan Majlis Menandatangani Dokumen Serahan  antara pihak JKR Kelantan  yang diwakili oleh Ybrs. Ir Hj Razani Bin Ab Lazid,  Pengarah JKR Kelantan dengan pihak pelanggan, Kementerian Belia Sukan yang diwakili oleh YBrs Tn Nik Abdul Kadir Bin Nik Mohammad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia Dan Sukan.

Selepas acara menandatangani dan pertukaran Dokumen Serahan ianya acara disusuli dengan penyerahan kunci bermula dengan penyerahan kunci oleh pihak kontraktor CAKNA Enterprise Sdn. Bhd.  kepada Pengarah JKR Kelantan, kemudiannya penyerahan kunci oleh Pengarah JKR Kelantan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia Dan Sukan.

Turut hadir sama di dalam majlis ini ialah YB Bakri@ Mohd Bakri B. Mustapha (ADUN Tanah Merah), Cikgu Dayang, Ketua Wanita Bahagian merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanah Merah, Sr Hashimah Binti Harun, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ir Nik Mohd Manan Bin Wan Abdul Majid selaku Ketua Pasukan Projek Khas (Bangunan) JKR Kelantan, Dr Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS dan Encik Norazli Bin Indzam, Setiausaha Bahagian Pembangunan.

Projek ini yang bernilai RM53.3 Juta telah berjaya disiapkan dalam tempoh 26 bulan di mana tempoh pembinaannya bermula dari 3 November 2014 dan siap sepenuhnya pada 05 Januari 2017. Projek ini juga telah berjaya diserah  2 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan serahan dan telah mencapai sasaran serahan 3 dalam 1 (CPC, Lukisan Siap Bina dan SOFA).