Date: Selasa, March 16, 2021

Cawangan Kerja Pendidikan sekali lagi telah berjaya memenuhi sasaran tender projek dengan menyerahkan Surat Setuju Terima SST projek kepada 4 buah projek sekaligus dengan kos keseluruhan melebihi RM 600juta serta penghargaan penyerahan SST  10 buah  projek Sekolah Daif 2020 Negeri Sabah kepada Jabatan Kerja Raya Sabah (JKR Sabah)

Turut diadakan bersekali pada majlis yang diadakan pada 10 Mac 2021 yang lalu adalah  Penyerahan Perlantikan Pegawai Penguasa Projek yang telah diadakan di Kompleks Kerja Raya Malaysia.

Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh YBerhormat Dato’ Sri Hj. Fadillah bin Haji Yusof Menteri Kanan Kerja Raya . Turut serta menyempurnakan majlis ialah  YBerhormat Dato' Eddin Syazlee Shith Timbalan Menteri Kerja Raya yang menyampaikan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa Projek kepada pegawai-pegawai penguasa yang dilantik.

Majlis penyerahan ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiuasaha Kementerian Kerja Raya YBhg. Dato Dr Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Naib Cancelor UNISZA. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan, Naib Canselor UNIMAS YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Bin Suaidi, Timbalan Ketua Setiusaha KPM, Timbalan Ketua Setiusaha KPT, Pengurusan Atasan JKR, wakil-wakil agensi pelanggan , Pengarah-Pengarah Kanan HODT serta Ketua-ketua Bahagian dari Cawangan Kerja Pendidikan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga CKP khususnya BPP 1,3,4 &5 yang terlibat. Semoga CKP terus maju dan lebih cemerlang dengan amanah yang diberikan bagi pelaksanaan projek-projek Kementerian pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Syabas diucapkan.