Date: Jumaat, March 15, 2024

8 Mac 2024 – Majlis penyerahan siap kerja bagi projek Pembinaan Satu Blok Tambahan Asrama, Dewan Makan & Bilik Kuliah Di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Sepang, Selangor telah dilangsungkan dengan jayanya. Majlis penyerahan siap kerja ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Ir. Hj. Lokman Bin Hj. Nasir selaku Pegawai Penguasa Projek bersama Pn. Natrah Binti Mohd Zahari, Ketua Seksyen Pembangunan & Perolehan, mewakili Kementerian Kewangan Malaysia selaku pihak pelanggan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Sepang, Tuan Azarul Azlan Bin Mohd Radhi; Ketua Pengarah Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH), Sr. Abdul Razak Bin Yusak; Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN), Sr. Aina Edayu Binti Ahmad; dan Ir. Nik Rabihah Zahrah Binti Nik Sulaiman, wakil dari Cawangan Kerja Bangunan Am 1 Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku ‘Head of Project Team’. Turut hadir memeriahkan majlis adalah arga kerja dari Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, pasukan perunding projek, kontraktor utama dan sub-kontraktor yang terlibat dalam melaksanakan projek ini.

Projek ini telah dilaksanakan oleh tetuan Wangsa Delima Sdn Bhd selaku kontraktor utama bersama beberapa Sub-Kontraktor Dinamakan untuk skop kerja mekanikal dan elektrik sehingga projek berjaya disiapkan pada 31hb Januari 2024. Projek ini merangkumi kerja-kerja pembinaan bilik-bilik asrama berjumlah 144 unit bilik; dewan serbaguna dan dewan makan yang mampu menampung kapasiti 500 orang dalam satu masa; 6 buah bilik kuliah lengkap dengan mesin projektor dan skrin layar; ruangan pejabat; surau, rumah sampah serta kerja-kerja menaiktaraf Sewage Treatment Plant (STP) sedia ada di INSPEN.