Date: Rabu, Oktober 19, 2022

18 Oktober 2022 – Majlis Penyerahan sijil EKSA Do-It-Yourself (DIY) kepada JKR Negeri Selangor dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, TKPKR (Pakar) dalam Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia.

Jawatankuasa Induk EKSA Ibu Pejabat JKR telah melaksanakan audit pensijlan EKSA DIY yang pertama ke JKR WP Kuala Lumpur pada 24-25 Ogos setelah menerima mandat pelaksanaan EKSA DIY daripada pihak MAMPU pada Jun yang lalu.

Manakala JKR Negeri Selangor telah melaksanakan audit pensijilan semula pada 8-10 Ogos 2022 lepas. Audit susulan oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Urusetia Induk pada 23 September 2022 telah dilaksanakan seperti yang dirancang.

Tahniah kepada JKR Negeri Selangor dan JKR Wilayah Persekutuan atas pencapaian penerimaan pensijilan EKSA tahap Cemerlang dan Baik daripada pihak MAMPU.

Ringkasnya, usaha dan komitmen warga kerja JKR Malaysia untuk merealisasikan EKSA DIY ke seluruh JKR Negeri dan Daerah, JKR KETENGAH mahupun KESEDAR dalam membudayakan keseragaman, kebersihan dan keindahan amatlah diperlukan untuk memperkukuh budaya berprestasi tinggi dalam sektor awam masa kini.