Date: Khamis, March 7, 2019

Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Hijau JKR (pH JKR) kepada  Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) JKR Negeri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tanjung, JKR Selangor pada 5 Mac 2019 bersempena Mesyuarat Penyelarasan Projek Persekutuan dan MHPV Bil.1/2019 Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis tersebut telah  disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Kamaluddin Bin Haji Abdul Rashid dan disaksikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim dan wakil Pengarah Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT), Puan Noor Hafiza Binti Dahalim.

CKM Ibu Pejabat telah memulakan program pH JKR untuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Negeri pada September 2018. Bermula dengan penerangan oleh CASKT kepada Ketua Jurutera Mekanikal Negeri (KJMN) dan CKM tentang pH JKR, ianya disusuli dengan beberapa sesi interaksi di antara Bahagian Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM Ibu Pejabat bersama KJMN bagi memudahkan proses dokumentasi dan pemarkahan. Secara amnya, untuk penarafan 3 bintang ke bawah, pemilik bangunan boleh membuat penilaian sendiri atau self-assessment. Dalam hal ini, CKM berperanan sebagai Sekretariat untuk memantau dan membantu KJMN dalam mendapatkan penarafan kategori Bangunan Sedia Ada.

Semoga kejayaan CKM JKR Negeri ini menjadi penggerak kepada penerapan kelestarian di bangunan Agensi Kerajaan.