Date: Selasa, Ogos 21, 2018

Majlis Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Tenaga MS ISO 50001 : 2011 telah berlangsung dengan jayanya bersekali dengan Mesyuarat Pengarah pada 10 Ogos 2018 yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka.

Penyerahan sijil disempurnakan oleh En. Kamarulzaman bin Ahamad Zainudin, Ketua SIRIM Melaka/Negeri Sembilan, SIRIM Wilayah Selatan dan Puan Radziah Mohd Daud (Ketua Seksyen Makanan, Pertanian dan Perhutanan SIRIM (QAS INTERNATIONAL SDN BHD) kepada YBhg Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Untuk makluman, SIRIM QAS telah mengesyorkan dan mengiktiraf bahawa Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia (Blok A, B, C, D, E, F) telah melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga yang mematuhi standard MS ISO 50001 : 2011.

JKR Malaysia berjaya mengekalkan pensijilan SIRIM MS ISO 50001 :2011 untuk tempoh 3 tahun lagi berkuatkuasa dari 12 Jun 2018 hingga 11 Jun 2021.