Date: Jumaat, Disember 22, 2023

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), bagi Projek a) CENTRAL SPINE ROAD (CSR) / LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU), PAKEJ 1: KUALA KRAI KE JAMBATAN SG. LAKIT, KELANTAN: PERSIMPANGAN FT66 KE JAMBATAN SG. LAKIT telah diadakan pada hari Khamis, 21 Disember 2023 bertempat di Aras 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan diiringi oleh Dato’ Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran dari Kementerian Kerja Raya Malaysia selaku Wakil Agensi Pelanggan, Pn. Marsuhaida Binti Abdul Shukor, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, YBhg. ​Dato' Sr Zulkipeli bin Yamat, Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, YBrs. En. Ir. Mohamad Sharip bin Wahijan. Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan Cawangan Jalan, dan YBrs. Ir. Mohd Zain bin Abd Razak, selaku Wakil Pegawai Penguasa Projek, Unit Projek Khas ECER 4. Turut hadir bersama ke majlis ini ialah YBrs. Ir. Hanafi bin Abdullah, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek ECER, serta pasukan projek HOPT dan HODT.

Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima kepada Kontraktor SYARIKAT PERNIAGAAN MONZA SDN BHD dan penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBrs. Ir. Mohd Zain bin Abd Razak selaku wakil Pegawai Penguasa Projek ini.

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu Syarikat Perniagaan Monza Sdn Bhd. dengan tempoh pelaksanaan projek adalah selama 36 bulan. Tarikh milik tapak projek ini pada 02 Januari 2024 dan jangka siap pada 03 Januari 2027.

JKR selaku Agensi Pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan Malaysia Madani agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

sst csr ltu

sst csr ltu

sst csr ltu

sst csr ltu

sst csr ltu

sst csr ltu

sst csr ltu