Date: Rabu, Februari 13, 2019

TARIKH           :         12 FEBRUARI 2019 (SELASA)

 MASA           :           10.00 PAGI

TEMPAT     :           BILIK MESYUARAT BERLIAN, TINGKAT 13A, MENARA PJD, CKBA1

                                                           

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak secara 2 dalam 1 bagi projek Pembinaan Satu Blok Tambahan Yang Mengandungi Asrama, Dewan Makan Dan Bilik Kuliah Di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Mukim Sepang, Selangor telah diadakan pada 12 Februari 2019 (Selasa) bertempat di Tingkat 13A, Menara PJD, CKBA1, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1) iaitu YBhg. Datuk Ir. Muhammad Azman Bin Jamrus selaku Pengurus Program bagi projek tersebut kepada kontraktor yang berjaya iaitu Wangsa Delima Sdn. Bhd. Turut hadir bersama YBrs. Tuan Haji Khairuddin Bin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan dan Penilaian Harta (Dasar Strategik), YBrs. Sr. Haji Mohd Nazri Bin Ahmad Zahari, Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN), YBrs. Encik Mohd Shah Bin Samsuri, wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), YBrs. Ir. Mohamad Salzeli Bin Moktar wakil Pengarah JKR Selangor dan Ketua Pasukan Projek (HOPT), Ketua Pasukan Reka Bentuk (HODT) serta Perunding-Perunding yang terlibat.

HOPT bagi projek ini adalah Bahagian Pasukan Projek 5, CKBA1 manakala Pengarah JKR Negeri Selangor dilantik sebagai Pegawai Penguasa projek tersebut. Tempoh siap projek adalah selama 104 minggu dengan tarikh milik tapak pada 25 Februari 2019 dan siap pada 21 Februari 2021.

Skop projek adalah melibatkan pembinaan satu blok tambahan setinggi sembilan (9) tingkat yang mengandungi Asrama, Ruang Pejabat, Dewan Makan, Dewan Serbaguna, Bilik Kuliah serta lain-lain kemudahan sokongan.

JKR selaku agensi pelaksana Kerajaan memikul amanah rakyat demi memenuhi aspirasi Kerajaan dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan mengikut kos dalam tempoh yang ditetapkan.

Gambar sekitar majlis sila klik disini.