Date: Khamis, Januari 31, 2019

TARIKH: 31 JANUARI 2019 (KHAMIS)

MASA: 8.30 PAGI

TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA, TINGKAT 8, CKIP,IBU PEJABAT JKR

 

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak, Lukisan Pembinaan dan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa Projek  (4 dalam 1) bagi Projek Pembangunan Fasa II Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Labuan telah berlangsung pada hari Khamis, 31 Januari 2019 di Bangunan Blok F, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) iaitu YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman kepada kontraktor yang berjaya iaitu COPROLECH Sdn Bhd. Turut hadir bersama Pengarah Kanan Cawangan Kerja Ukur dan Bahan, Sr Zulkifle bin Mohammad dan pasukan perekabentuk (HODT).

Pengurus Program projek ini adalah Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), manakala Bahagian Maritim, CKIP dilantik sebagai Head Of Project Team (HOPT). Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Labuan dilantik sebagai Pegawai Penguasa projek ini. Tempoh penyiapan projek adalah selama 24 bulan dengan tarikh milik tapak pada 18 Februari 2019.

Objektif utama projek ini adalah membina dan membangunkan kompleks Pendaratan Ikan LKIM Labuan yang lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan para nelayan. Projek ini merupakan projek pembangunan yang  terdiri daripada sebuah Jeti Berbentuk Dermaga Dwifungsi Sebagai Jeti Tambatan dan Jeti Pendaratan, 1 Unit Kuarters Kelas E,  4 Unit Kuarters Kelas G, Jalan Dalaman dan Tangki Air.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat bagi memenuhi aspirasi kerajaan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dan tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.

Gambar sekitar majlis sila klik disini.

Disediakan:
Bahagian Maritim,
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan