Date: Rabu, Mei 17, 2023

Pada 12 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Foyer, Tingkat 1, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan penyerahan rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Jalan iaitu PROJEK UMK - PEMBINAAN JALAN UTAMA, JARINGAN JALAN DALAM KAMPUS DAN KERJA-KERJA INFRASTRUKTUR, KAMPUS BACHOK (FASA II)

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri, Timbalan Pengarah Kerja Raya Sektor Infra dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu MONSUN TROPICAL (M) SDN. BHD. Majlis turut dilengkapi dengan penyerahan surat rasmi pelantikan Pegawai Penguasa kepada JKR Jajahan Bachok, Kelantan YBrs. Ir. Mohd Azimuddin Bin Yunus.

Turut hadir bersama adalah YBhg Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, YBrs. Dr. Fary Akmal binti Osman, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Encik Ahmad Zaidi bin Mat Said, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah Cawangan Jalan, YBrs. Sr Roslan bin Ahamd, Juruukur Bahan Penguasa Kanan Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, YBrs. Ir. Tuan Khusairry b. Tuan Abdul Manaf, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jambatan Cawangan Jalan, YBrs Pn Ir. Siti Norleha binti Rasid, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Timur, Cawnagan Jalan serta wakil-wakil HOPT dan HODT.

Projek ini adalah projek di bawah Kementerian Pengajian Tinggi selaku pihak pemilik.  Projek ini merupakan kesinambungan daripada Fasa I yang bertujuan untuk menyediakan sistem perhubungan jalan kampus sedia ada dan kemudahan infrastruktur yang lain dengan jalan masuk dari laluan utama di Jalan D141, Jalan Jelawat - Beris Lalang. Pembinaan jalan ini juga dapat menghubungkan Zon Pengajaran dan Pembelajaran dengan Zon Perindustrian, Zon Pertanian, dan Zon Penyelidikan dalam Kampus yang mana akan memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna terutamanya pelajar, tenaga pengajar serta pihak pengurusan UMK

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah. Diharap kejayaan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) ini dapat dijadikan semangat kepada semua pihak dalam urusan pelaksanaan projek yang seterusnya.  Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha keras merealisasikan harapan ini.

JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerjaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.