Date: Jumaat, Oktober 13, 2023

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) berlangsung pada 11 Oktober 2023 (Rabu) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia diserahkan kepada 8 perunding trafik yang dilantik. Senarai projek yang terlibat dengan perlaksanaan kajian trafik adalah seperti berikut:

  1. Projek Benta Link Yang Menghubungkan Jalan Central Spine Road Pakej 4 Dan Jalan FT08
  2. Menggantikan Jambatan FT001/349/50, Sungai Semenyih, Hulu Langat. Selangor
  3. Menaiktaraf Laluan FT003 Dari Kg. Pak Badol Ke Kg. Banir Belikong (KM 23.05 Hingga KM 30) Pasir Puteh, Kelantan
  4. Membina Jalan Sambungan Dari Lebuhraya Plus Ke Persimpangan Lebuhraya Ipoh - Lumut (FT005), Jelapang, Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan
  5. Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT001 Dari Persimpangan Jalan Lencongan Timur Ke Jambatan Merdeka, Daerah Kuala Muda, Kedah
  6. Menaiktaraf Jalan Tun Hamzah (FT264) Daripada Dua Lorong kepada Empat Lorong Dari Persimpangan JPJ Ke Persimpangan Semabuk Lebuh AMJ (FT019), Daerah Melaka Tengah, Melaka
  7. Membina Jalan Susur Dari Tol Baru Seremban Ke Jalan Lingkaran Tengah Seremban, Jalan Seremban - Labu (FT362), Daerah Seremban, Negeri Sembilan
  8. Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) (Fasa 3: Dari Persimpangan Bertingkat Perling Hingga Ke Susur Naik Lebuhraya Utara Selatan, Pasir Gudang, Johor)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada perunding trafik yang berjaya dan semua pihak yang terlibat. Semoga kajian trafik yang akan dilaksanakan ini dapat memberi impak yang besar bagi mengatasi masalah kesesakan jalanraya seterusnya meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalanraya.

SST CJ

SST CJ

SST CJ