Date: Rabu, September 2, 2020

Bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 28 Ogos 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek-projek Cawangan Jalan seperti berikut; 

  1. Menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah (Daripada 2 Lorong Kepada 4 Lorong), Temerloh, Pahang,
  2. Menaiktaraf Jambatan Kota Tinggi ”Bypass” Di Laluan FT003, Kota Tinggi, Johor

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs Ir. Haji Zulakmal bin Haji Sufian, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), dengan penyerahan dokumen Surat Setujuterima Tender (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu; CERGAS MURNI SDN. BHD. dan STRUKTUR SERUMPUN SDN. BHD. serta penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa kepada Jurutera Awam Penguasa Kanan UPK Zon 3, Ir. Lim Keat Eng dan Pengarah JKR Negeri Johor Ir. Haji Mohd Said bin Sidik. 

Turut hadir bersama adalah wakil Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan & Penswastaan, Ir Razhiah binti Wahab, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, wakil HOPT iaitu  Bahagian Pengurusan Projek Timur (BPPT) dan Bahagian Pengurusan Projek Selatan (BPPS) serta wakil-wakil daripada pejabat HODT yang terlibat.

JKR adalah selaku agensi pelaksana kerajaan yang memikul amanah rakyat bagi memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan berharap agar projek ini dapat disiapkan menepati masa, kualiti yang optimum dan kos yang telah ditetapkan.