Pada 31 Julai 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembaikan Dan Penyelenggaraan Bangunan Asrama Perempuan Blok A Dan Blok B Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Kolej Vokasional Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan di Bilik Gerakan, JKR Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada pihak kontraktor yang berjaya telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanafiah, Pengarah JKR WP Labuan selaku Pegawai Penguasa Projek. Majlis turut dihadiri oleh wakil Kementerian Pelanggan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, wakil Kolej Vokasional, HOPT, HODT dan Pasukan Projek JKR W.P. Labuan yang terlibat.
Projek ini bakal memberikan memberi impak yang tinggi dengan mewujudkan prasarana yang kondusif,selesa dan selamat kepada warga pelajar Asrama di Kolej Vokasional Labuan sekaligus menyokong usaha KPM dalam memperkasakan pendidikan vokasional dan kemahiran selaras dengan Tranformasi Pendidikan Negara.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.
Diharap kejayaan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) ini dapat dijadikan semangat kepada semua pihak dalam urusan pelaksanaan projek yang seterusnya. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha keras merealisasikan harapan ini.
JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.
- 556 bacaan