Date: Jumaat, November 23, 2018

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) Bagi Projek Kerja-Kerja Penggantian Sistem Penyaman Udara VRF (Variable Refrigerant Flow) Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur telah berlangsung pada hari Khamis, 22 November 2018 di Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Y.Brs Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid. Objektif utama kerja-kerja penggantian ini adalah bagi menyelesaikan masalah kerosakan sistem penyaman udara yang dihadapi oleh hampir kesemua kamar mahkamah di dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Projek ini merupakan penggantian sistem penyaman udara sedia ada bagi kesemua 84 kamar mahkamah.

Pengurus Program bagi projek ini adalah Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB). Cawangan Kejuruteraan Mekanikal telah dilantik sebagai Head of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT)  dan juga sebagai Pegawai Penguasa Projek. Tempoh penyiapan projek pula adalah selama 16 bulan.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.