Date: Isnin, November 15, 2021

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) DAN PECAH TANAH PROJEK MEMBINA MEDIAN, PUSINGAN U DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN BATU PAHAT – AYER HITAM – KLUANG FT050 DARIPADA PARIT SEMPADAN, BATU PAHAT (SEKSYEN 21) HINGGA JAMBATAN MERENTASI LEBUHRAYA PLUS (SEKSYEN 34.5)

Bertempat di Jalan Batu Pahat – Ayer Hitam – Kluang (FT050) pada 11hb November 2021 (Khamis), telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Pecah Tanah bagi PROJEK MEMBINA MEDIAN, PUSINGAN U DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN BATU PAHAT – AYER HITAM – KLUANG FT050 DARIPADA PARIT SEMPADAN, BATU PAHAT (SEKSYEN 21) HINGGA JAMBATAN MERENTASI LEBUHRAYA PLUS (SEKSYEN 34.5)

Hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pecah Tanah projek tersebut bagi menandakan permulaan kerja fizikal di tapak ialah Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof bersama Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. Turut hadir bersama adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, YB Tuan Haji Mohd Solihan Bin Badri, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan Kementerian Kerja Raya), YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs. Ir. Mohamed Amin Bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Jalan dan YBhg. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan & Penswastaan Kementerian Kerja Raya.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam (P148) dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya. Sebagai penghormatan, Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam (P148) kepada kontraktor yang berjaya iaitu AKTIF UNGGUL SDN BHD dengan disaksikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya. Manakala penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Penguasa kepada Ir. Zainal Bin Tumian, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Projek Khas Zon Selatan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya.

YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di atas pelaksanaan projek ini dan berharap projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan seperti yang dirancang seterusnya mencapai matlamat utama projek iaitu mengurangkan kes kemalangan akibat ketiadaan pembahagi jalan di FT050. Majlis diteruskan dengan gimik pecah tanah yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan diakhiri dengan sesi sidang media.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Bahagian Pengurusan Projek Selatan, Cawangan Jalan selaku Head of Project Team (HOPT), Jabatan Kerja Raya Daerah Batu Pahat, Unit Projek Khas Zon Selatan dan juga Head of Design Team (HODT) yang terlibat dalam menjayakan majlis dan pelaksanaan projek ini.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) & PECAH TANAH

GAMBAR 1 : Penyerahan Dokumen Kontrak Kepada Kontraktor Aktif Unggul Sdn Bhd

GAMBAR 2 : Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Penguasa Kepada Ir. Zainal Bin Tumian, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Projek Khas Zon Selatan

GAMBAR 3 : Ucapan Alu-Aluan oleh YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam (P148)

GAMBAR 4 : Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya

GAMBAR 5 : Taklimat Projek oleh Pegawai Penguasa kepada YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya

GAMBAR 6 : Gimik Pecah Tanah yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya bersama YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam (P148)

GAMBAR 7 : Sesi Sidang Media