24 Januari 2025 (Jumaat) - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek bagi 18 bilangan projek (17 program daif & satu (1) program sekolah kebangsaan) telah dilaksanakan di Aras Plaza Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat Kerja Raya Malaysia.Butiran bagi kesemua 18 projek adalah seperti berikut:
BIL | NEGERI | PROJEK |
PROGRAM DAIF | ||
1. | Melaka | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di SMK Kelebang Besar |
2. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Melaka | |
3. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin | |
4. | Perak | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Banir, Tapah Road, Perak |
5. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak | |
6. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Selabak, Teluk Intan, Hilir Perak, Perak | |
7. | Kelantan | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Maher, Kota Baharu, Kelantan |
8. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan | |
9. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan | |
10. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Bachok, Bachok, Kelantan | |
11. | Terengganu | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti, Kuala Terengganu, Terengganu |
12. | Pahang | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling, Jerantut, Pahang |
13. | Selangor | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda, Klang, Selangor |
14. | Kedah | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil, Baling, Kedah |
15. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol, Guar Chempedak, Kedah | |
16. | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Padang Chichak, Sik, Kedah | |
17. | Johor | Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, Batu Pahat, Johor |
PROGRAM SEKOLAH KEBANGSAAN | ||
18. | WP Putrajaya | Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17(2), Wilayah Persekutuan Putrajaya |
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg.Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan disaksikan oleh YBrs.Puan Noriyah binti Kandar, Timbalan SUB Pembangunan KPM dan YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan.
Turut diadakan penyampaian surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek, dimana lima (5) daripada 18 projek dilaksanakan secara dua dalam satu (2 in 1).:
- YBhg. Dato' Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah JKR Negeri Pahang;
- YBrs. Ir. Fairul Azrie bin Yaacob, Wakil Pengarah JKR Negeri Johor;
- YBrs. Ir. Hj. Zamri bin Mat Kasim, Pengarah JKR Negeri Perak;
- YBrs. Encik Badrul Hisham bin Baharom, Wakil Pengarah JKR Negeri Selangor;
- YBrs. Ir. Mahalil bin Mokhtar, Wakil Pengarah JKR Negeri Melaka;
- Ybrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah;
- Ybrs. Ir. Ts. Mohd Fazli bin Idris, Wakil Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kelantan;
- Ybrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu;
- YBrs. Ir. Izmal bin Ibrahim, Wakil Pengarah JKR W.P Putrajaya; dan
- Ybrs. Ir. Rizalman bin Darus, Pengarah KESEDAR bagi projek-projek terlibat yang dilaksanakan secara Konvensional Dalaman JKR.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian HOPT, PMO, BPPK, BPKS dan Pengarah/wakil HODT yang terlibat dalam fasa perancangan projek-projek tersebut serta pegawai dan kakitangan CKP.
JKR selaku agensi pelaksana berharap agar kontraktor yang telah dilantik sama -sama memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Syabas dan Tahniah diucapkan.
- 690 bacaan