Date: Jumaat, Disember 6, 2024

5 Disember 2024,Khamis – telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi pelaksanaan dua (2) projek dibawah Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, iaitu:

  1. Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Grid Connected System) Di Bangunan Polis Diraja Malaysia (PDRM); dan
  2. Projek Cadangan Pemasangan Sistem Solar Off-Grid Untuk Inisiatif Kampung Angkat Madani Di Bawah Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)

Majlis Penyerahan SST & Serahan Dokumen Kontrak tersebut telah diadakan di Bilik Zamrud, Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan secara 2-in-1 (2 dalam 1) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ismail bin Hashim Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) dan disaksikan oleh YBrs. Ir. Noor Ashikin Binti Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar CKE, Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan menyerahkan dokumen SST dan menandatangani Dokumen Kontrak.

Turut hadir bersama adalah pihak pelanggan PETRA, Encik Muhamad Hafiz Wildan bin Hassan, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Ts. Mohd Najmi bin Abdullah Sani,  Wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP. Ir. Ts. Mohd Khairil Iqmal bin Ghazali dan Wakil Pemilik Bangunan IPK Kuala Lumpur, IPK Selangor, IPK Melaka dan IPK Johor.

Skop kontrak projek pemasangan sistem fotovolta suria ini melibatkan pemasangan di empat (4)  lokasi bangunan Ibu Pejabat Kontijen, PDRM di semenanjung malaysia. Objektif utama projek adalah sebagai projek perintis dalam pemasangan solar tersambung grid dibawah skim Net Energy Mentering (NEM) bagi Bangunan-Bangunan PDRM. Selain daripada itu, projek ini bertujuan untuk mengurangkan kos bil elektrik pihak pelanggan.

Bagi Skop kontrak projek cadangan pemasangan sistem solar Off-Grid ini melibatkan pemasangan di Kampung Orang Asli (KOA) Berasau, Kluang, Johor. Objektif Memberi bekalan elektrik 24 jam yang berfungsi dengan keadaan baik, selamat dan berterusan pada setiap masa (24 jam) tanpa gangguan dan kesulitan kepada pihak pengguna.

JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disempurnakan dengan berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.

#IamJKR #KitaJKR JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat