6 Jun 2024 - Bertempat di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan bagi projek-projek di bawah Cawangan Jalan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan.
Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan Menjalankan Tugas Ketua Pengarah Kerja Raya; Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya; Dato' Ir. Ibrahim Bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra; Tuan Ahmad Bin Tuan Wil,Setiausaha Bahagian Prasarana, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah; dan pihak HOPT dan HODT yang terlibat.
Sebanyak 2 projek di bawah Kementerian Kerja Raya dan 20 projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, JKR Malaysia terlibat dalam sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa ini. Projek-projek tersebut adalah:-
Pelanggan: Kementerian Kerja Raya (KKR)
- Menggantikan Jambatan FT001/349/50, Sungai Semenyih, Hulu Langat, Selangor
- Menggantikan Jambatan Desa Jaya (FT003/582/70), Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Setiu, Terengganu
Pelanggan: Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)
- Membina Jalan Baharu Dari Kg. Bahagia Ke Kg. Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan.
- Membina Jalan dan Jambatan Melintasi Rel Keretapi dari Kg Kelar ke Kg Chicha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan
- Projek Jalan Kening ke Seberang Temerloh (Fasa 2), Bera
- Menaiktaraf Jalan Kg Pasir Minal ke Kg Tempurung Kemaman, Terengganu
- Projek Membina Jalan Baru dari Batu Tujuh ke Persimpangan Stesen ECRL Kuala Dungun, Terengganu
- Menaiktaraf Jalan dari Kg Pantai Senok ke Simpang 3 Tawang, Bachok, Kelantan
- Membina Jalan dari Behor Mali ke Kampung Kepala Sepuloh, Perlis
- Menaiktaraf Jalan Kampung dari Simpang Jalan Kg Bandar Hilir (K 579) ke Persimpangan Jalan Kampung Charuk Padang (FT 175), Daerah Sik, Kedah
- Projek Membina Jalan dan Jambatan Dari Penchu, Tangkak ke Kg. Paya Ronggang, Muar, Johor
- Membina Jalan Baru Dari Jalan Bukit Katil (Persimpangan Masjid Saidina Ali) ke Taman Puncak Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, Melaka
- Mengganti Jambatan dan Jalan Tuju Menghubungkan Kg. Temalir Lama ke RPT Temalir, Kuala Krai, Kelantan
- Menaiktaraf Jambatan Sempit Di Padang Halban, Kota Bahru, Kelantan
- Membina Baru Jambatan Konkrit Kampung Salak, Mukim Batu Yon 2 serta Kerja Berkaitan
- Mengganti Jambatan Kg Tementong, Mukim Cheka 1 serta Kerja Berkaitan
- Menaiktaraf Jalan dari Simpang Tiga Kg. Kok Seraya ke Kg. Terbok, Tumpat, Kelantan.
- Projek Membina Jalan dari Kg Joh ke Kg Mata Ayer, Machang, Kelantan
- Menggantikan/Jambatan Baru Kg Laut, Pasir Gajah dan Jalan ke Kg Seberang Tayor, Kemaman, Terengganu
- Membina Jalan dari Kg Batu Hampar ke Kg Behor Temak, Perlis
- Membina Jalan Kampung Wai ke Jalan Dato Ali (R100), Kuala Perlis, Perlis
- Membina Jalan Pesisir Pantai dari Kuala Kedah ke Kuala Jerlun, Kedah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek mengikut tempoh, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.
- 3206 bacaan