31 Julai 2024 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Jalan melibatkan satu (1) projek di Kementerian Kerja Raya dan satu (1) projek di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sepertimana berikut:
- MENGGANTIKAN JAMBATAN FT010/090/40 (SUNGAI CHANDON) DAN FT010/090/60 (SUNGAI MENGKUANG), PAYA LANG, BERA, PAHANG; dan
- MENAIKTARAF JAMBATAN SEMPIT DI SIMPANG MASJID AL-QURO', BAGAN DATUK, PERAK
Majlis ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. Surat Setuju Terima dan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa telah diserahkan kepada kontraktor serta Jurutera Daerah oleh YBhg. Dato' Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; Turut Hadir sama YBhg. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya; YBhg. Dato' Ir. Ibrahim Bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra dan YBrs. Encik Mohd Naim Bin Norman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Prasarana Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Mohamad Sharip Bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan; YBrs. Ir. Rozita Binti Mat Senapi, Pengarah Pembinaan Pengurusan Projek Khas Jalan; Jurutera Daerah Bera; Jurutera Daerah Bagan Datuk serta pegawai-pegawai kanan Cawangan Jalan (HOPT dan HODP) yang terlibat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek mengikut tempoh, kos dan kualiti yang telah ditetapkan
- 1334 bacaan