Date: Rabu, November 13, 2024

11 November 2024, Isnin - Bersempena Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) ke Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) pada 11 November 2024 (Isnin), telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek bagi dua (2) buah projek di bawah pelaksanaan CKP sepertimana berikut:

  1. Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan (Tender Semula).
  2. Pembinaan Baharu Sekolah Kebangsaan Setia Alam (2), Petaling Perdana, Selangor Yang Mengandungi 36 Bilik Darjah Dan Kemudahan-Kemudahan Lain Mengikut Piawai (Reka Dan Bina)

Penyerahan SST telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang disaksikan oleh YBrs. En Saiduri Bin Dollah, Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan Harta Benda UPSI bersama YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L A Gopal, Pengarah CKP.

Turut diadakan penyampaian surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek kepada Ir. Suzzana Binti Punari, Pengarah Pasukan Projek Khas 1 bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan yang dilaksanakan secara Konvensional Dalaman JKR.

Manakala penyampaian Surat Pelantikan Pengarah Projek (PD) disampaikan kepada Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria wakil Pengarah JKR Selangor bagi projek Pembinaan Baharu Sekolah Kebangsaan Setia Alam (2), Petaling Perdana, Selangor Yang Mengandungi 36 Bilik Darjah Dan Kemudahan-Kemudahan Lain Mengikut Piawai yang dilaksanakan secara Reka Dan Bina.

Majlis turut dihadiri oleh wakil Agensi Pelanggan iaitu wakil Dekan Fakulti, wakil Pegawai Penguasa Projek, wakil HOPT dan HODT yang terlibat serta pegawai dan kakitangan CKP.

JKR selaku agensi pelaksana berharap agar kontraktor yang telah dilantik sama -sama memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Syabas dan Tahniah diucapkan.

#IamJKR  #KitaJKR  #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat