Date: Rabu, Disember 20, 2023

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), bagi Projek Pembinaan Semula Bangunan dan Kuarters Depot Imigresen Pekan Nenas (DIPN) Pontian Johor telah diadakan pada hari Isnin, 18 Disember 2023 di Dewan Emerald, Tingkat 18, Cawangan Kerja Keselamatan, Maju Tower, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan iaitu YBrs. Ir. Maria Binti Marcus. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Pn. Sakthi Eswari a/p Kumareson, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku Wakil Agensi Pelanggan, Tn. Chandran a/l Muniandy, Komandan Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Johor dan YBrs. En. Zakariah Bin Mahat selaku Wakil Pegawai Penguasa Projek, JKR Johor. Turut hadir bersama ke majlis ini ialah YBrs. Ir. Lim Keat Eng, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 3, CKS serta pasukan projek HOPT dan HODT.

Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima kepada Kontraktor STRUKTUR SERUMPUN SDN. BHD dan penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBrs. En Zakariah Bin Mahat selaku wakil Pegawai Penguasa Projek ini. Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Aku Janji Kontraktor dan bacaan Ikrar yang disaksikan oleh YBrs. Ir. Maria Binti Marcus.

Skop Projek adalah pembinaan Blok Pentadbiran, Blok Rekod dan Pengusiran, Mahkamah Seksyen PATI, Blok Tahanan Imigresen Lelaki dan Wanita, Blok Kuarantin, Blok Penyediaan Makanan, Kuarters Kelas D, E & F, Surau, Menara Kawalan dan juga Komponen Sokongan – Balai Pengawal Depot, Pos Pengawal Kuarters,  Rumah Sampah, Pencawang (TNB) dan lain-lain. Projek ini telah direkabentuk secara Kovensional Perunding (Lead Consultant) dan Kaedah Perolehan secara Tender Terbuka.

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu STRUKTUR SERUMPUN SDN. BHD. dengan tempoh pelaksanaan projek adalah selama 208 minggu. Tarikh milik tapak projek ini pada 21 Disember 2023 dan jangka siap pada 15 Disember 2027.

JKR selaku Agensi Pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan Malaysia Madani agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

sst cks

sst cks

sst cks

sst cks

sst cks

sst cks