Date: Isnin, Disember 14, 2020

Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Aras 33, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 8hb Disember 2020, telah berlangsung Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL PULAU PINANG, PULAU PINANG (REKA DAN BINA) – TENDER SEMULA

Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) Tender kepada kontraktor yang berjaya iaitu RD RESOURCES SDN BHD. Majlis turut disusuli dengan bacaan dan tandatangan Ikrar Aku Janji Kontraktor untuk melaksanakan projek ini dengan tekun dan jayanya.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, YBrs. Pn. Nik Ainun Zanariah Binti Nik Abd. Rashid, Pengarah Bhgn. Rekabentuk 1, Cawangan Arkitek, wakil Bahagian Pengurusan Projek 1 (BPP1), pegawai-pegawai Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dan perunding kontraktor.

JKR bertindak selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang memikul amanah serta aspirasi kerajaan berharap kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan projek dengan menepati masa, kualiti berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan dan kos yang optimum.