Date: Rabu, Oktober 25, 2023

17 Oktober 2023 jam 9.00 pagi telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ir Shukri bin Ishak, Pengarah CKK bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JKR Kelantan iaitu YBrs. Ir. Mohd Suhaili Bin Ismail serta Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan iaitu YBrs. En. Mohd Saiful Bin Mohd Zain yang mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah CKK dan sesi berikutnya diteruskan dengan aturcara penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada Pagarah JKR Kelantan serta Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya.

Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Wakaf Che Yeh, Kota Bharu (Gantian) ini adalah melibatkan

  1. Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 (KK3) menggunakan rekabentuk "one-off" dengan komponen tambahan Infectious Disease (ID) serta empat unit on call.
  2. Perolehan Peralatan Perubatan dan Bukan Perubatan dan
  3. Meroboh bangunan klinik serta 16 unit kuarters sediada.

Skop keseluruhan projek ini adalah terdiri daripada :

  1. Komponen Utama Klinik Kesihatan Jenis 3 (ID) – Infectious Disease (2 Tingkat) yang akan menempatkan Klinik Ibu dan Anak, Unit Farmasi, Unit X-ray, Unit Kecemasan, Unit Penyakit Berjangkit, Klinik Rawatan Pesakit Luar, Makmal Patologi, Klinik Rawatan Pergigian dan Unit Rehabilitasi.
  2. Blok Sokongan yang terdiri daripada garaj ambulans, pondok pengawal, tempat letak kereta berbumbung, rumah sampah, rumah pam dan pencawang elektrik
  3. Infrastuktur pula terdiri daripada tangki rawatan kumbahan kecil (SSTS), kolam takungan bawah tanah (underground OSD), laluan pejalan kaki berbumbung, sistem saliran & pembentungan dan tube well.

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu Jana Tanmia Resources Sdn Bhd Semoga dapat melaksanakan projek ini dalam tempoh yang dipersetujui selama 157 minggu dengan sempurna serta berkualiti seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Tahniah juga diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Projek 3 yang diketuai Ir. Mohamad Salzeli bin Moktar dan semua pasukan projek yang terlibat.

sst wakaf che yeh

sst wakaf che yeh

sst wakaf che yeh

sst wakaf che yeh