Date: Isnin, Disember 23, 2024

18 Disember 2024 - Majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Sesi Menadatangani Dokumen Kontrak dan Penyerahan Surat Lantikan Pegawai Penguasa bagi projek Cadangan Kerja-Kerja Pemasangan Papan Skrin LED, Interactive Whiteboard Dan Sistem Audio Visual Di Bangunan Perbendaharaan Malaysia (Blok 2G2), Kementerian Kewangan Malaysia telah diadakan di Bilik Delima 5, Aras 1, Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada jam 2.00 petang hingga 2.30 petang.

Majlis berlangsung secara 3-in-1 (3 dalam 1) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Noor Ashikin Binti Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar CKE, Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan menyerahkan dokumen SST, menandatangani Dokumen Kontrak dan pelantikan Pengarah JKR WP Putrajaya selaku Pegawai Penguasa (SO).

Turut hadir bersama adalah Puan Zuhailah Binti Mohd Nasir, wakil pihak pelanggan MOF ; Ir. Izmal Bin Ibrahim Yang Menjalankan Tugas Pengarah JKR WP Putrajaya, Ir. Zularifin Bin Sejo, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Unit Perunding Akustik & ELV, dan pihak kontraktor yang berjaya, Jalinan Teknokrat (M) Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Syarikat, Encik Izwan Bin Mohd Shah.

Skop kontrak projek ini melibatkan:-

  1. Kerja-kerja penanggalan peralatan sistem Audio Conference dan sistem Audio Visual sedia ada seperti projectors, display panel, motorised screen dan peralatan lain yang terlibat;
  2. Pemasangan peralatan baharu bagi sistem Video Conference dan sistem Audio Visual seperti LED Video Wall Display Panel, Interactive Whiteboard, Laser Projector dan lain-lain peralatan yang diperlukan;
  3. Konfigurasi pemasangan internet dengan ICT Switch sedia ada bagi semua sistem visual yang melibatkan wireless presentation; dan
  4. Kerja-kerja ubah suai built-In cabinet di semua lokasi yang terlibat bagi memenuhi keperluan saiz skrin baharu.

JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disempurnakan dengan berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat