Date: Isnin, Julai 25, 2016

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PEMBINAAN IBUPEJABAT LEMBAGA PELABUHAN JOHOR, PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TAKZIM

PADA 24 JULAI 2016 BERSAMAAN 19 SYAWAL 1437H (AHAD)

OLEH Y.A.B DATO’ SERI HAJI MOHAMED KHALED BIN NORDIN,

MENTERI BESAR JOHOR

Projek Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor telah disiapkan oleh JKR pada 27 November 2014, dan bangunan ini telah diserahkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada 1 Januari 2015.

Bangunan ini juga telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor, Y. Bhg. Dato’ Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan En. Mohamad Salleh Bin Abu Bakar Timbalan Pengarah JKR Johor dan Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Sr. Hashimah Binti Harun.

Pada majlis peramian itu juga, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah menyampaikan sijil penghargaan penganugerahan Sijil Penarafan Hijau (pH) kepada pihak MOT/LPJ.  

Bangunan LPJ telah berjaya memperolehi 3 Bintang Penarafan Hijau JKR (pH JKR) yakni suatu sistem yang telah diperkenalkan oleh pihak Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga JKR. Projek ini adalah projek perintis bagi kategori Bangunan Baru Bukan Kediaman (non residental) yang dinugerahkan sijil pH JKR oleh Jabatan Kerja Raya. Pihak JKR telah menyahut seruan YAB Perdana  Menteri dan perancangan kerajaan semenjak Rancangan Malaysia ke-9 lagi, supaya projek-projek kerajaan mengambil kira elemen hijau bagi menentukan pembangunan yang lestari.

Gambar 1-2: Y. Bhg. Dato’ Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia menyampaikan Sijil Penarafan Hijau (pH) kepada Yang Berhormat Dato' Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) 

 

 

 

Gambar 3-4: Pasukan Projek JKR (Ibu Pejabat KL & JKR Johor)