Date: Isnin, Oktober 9, 2023

19 September 2023 - Majlis Perasmian Hari Safety & Health, Environment and Quality (SHEQ) 2023 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi,, Menteri Kerja Raya. Majlis ini turut dihadiri bersama YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya serta Datuk Sr. Amran Haji Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Penganjuran SHEQ 2023 oleh CIDB adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberikan penganugerahan kepada penggiat industri yang berjaya meraih pencapaian cemerlang bagi sistem penilaian kualiti (QLASSIC), sistem penilaian keselamatan dan kesihatan (SHASSIC), serta pengurangan karbon dan kelestarian alam sekitar (MyCREST) dalam sektor pembinaan di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis kerana telah menerima Anugerah Kecemerlangan QLASSIC kategori Bangunan Komersial Projek Kerajaan bagi Projek Pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis (Bangunan SUK Baharu). Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pasukan Projek dan Pens Holdings Sdn bhd selaku kontraktor projek tersebut.

Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin dan iltizam kepada semua warga JKR Malaysia.

SHEQ

SHEQ

SHEQ

SHEQ