Date: Jumaat, March 1, 2024

Projek siap telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan yang Menjalankan Tugas Ketua Pengarah Kerja Raya dan Yang Berbahagia Datuk Sr. Amran bin Haji Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar pada 28 Februari 2024. Majlis ini juga dihadiri oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin​ Pengarah, Cawangan Dasar Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Ar. IDr. Rinna Siow, Pengarah, Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga selaku wakil pembangun sistem dan pelanggan. 

Majlis perasmian dimulakan dengan penyempurnaan Majlis Penyerahan oleh Yang Berbahagia Dato' Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik dan Yang Berbahagia Datuk Sr. Amran bin Haji Mohd Majid. Sesi diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada BTM, CDPK. 

Sistem e-pH JKR ini telah dibangunkan secara dalaman oleh BTM, CDPK. Projek bermula pada Februari 2023 dan lengkap Go-Live pada 29 Disember 2023. Skop projek ini merangkumi pembangunan sistem dan kemudahan aplikasi portal web yang berintegrasi dengan Sistem SKALA & SSO. Sistem e-Penarafan Hijau (e-pH JKR)  merangkumi proses penilaian, analisa penarafan dan maklumat berkaitan penarafan bagi memudahkan pelaksanaan, pemantauan dan analisa pH JKR oleh semua pihak yang terlibat termasuk pasukan projek, sekretariat penarafan, pengurusan tertinggi dan pemegang taruh. Fasa 1 ini merangkumi pH JKR Kategori Bangunan dan fasa seterusnya melibatkan Fasa 2 serta Fasa 3 yang merangkumi pH JKR Kategori Jalan dan Green Product Scoring System (GPSS). 

Antara faedah Sistem e-pH KR: 

  1. Mempercepatkan tempoh proses pendaftaran projek penarafan hijau
  2. Mempermudahkan penilaian dilaksanakan dimana-mana tempat dan masa oleh  pasukan projek
  3. Analisa data penarafan dapat dilaksanakan secara komprehensif
  4. Menyokong peluasan pelaksanaan pH JKR kepada semua projek di pelbagai peringkat
  5. Menyokong pengggunaan pH JKR oleh agensi luar, kerajaan tempatan dan industri
  6. Imej JKR sebagai agensi teknikal terulung dapat dipertingkatkan
  7. Pembudayaan rekabentuk lestari kepada warga JKR
  8. Menyokong kepada proses mencapai matlamat Pembangunan Kelestarian Nasional
  9. Menyokong agenda pembangunan lestari negara seperti SDG, UNFCCC dan  Climate Change Mitigation Initiative

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini yang telah memainkan peranan penting kepada kejayaan projek.