Date: Jumaat, Jun 9, 2023

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Yang Berbahagia Dato’ Ir Haji Zulkipli bin Haji Nasri telah hadir bagi merasmikan Program Intensif Calon Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) 2023 pagi tadi di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Seramai 142 orang calon Jurutera Profesional terdiri daripada calon Disiplin Awam, Mekanikal dan Elektrik telah hadir bagi mengikuti program yang dikelolakan oleh Unit Bangunan dan Struktur, Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK).

PEPC 2023 diadakan buat julung kalinya bertujuan untuk melahirkan lebih ramai Pegawai Profesional yang bertauliah, kompeten, dan berkredibiliti bagi meningkatkan Profesionalisme para Pegawai dalam Sektor Awam khususnya JKR sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir serta modal insan yang cemerlang, berketerampilan dan berdaya saing di peringkat Global.

Sejajar dengan hasrat itu, calon-calon PEPC diberi pendedahan daripada Lembaga Jurutera Malaysia merangkumi pelbgai aspek iaitu tentang cara menjawab, perkongsian pengalaman sebagai penanda peperiksaan dan tips-tips semasa menghadapi peperiksaan Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan yang hanya akan diadakan setahun sekali.

Turut hadir dalam majlis ini ialah, YBrs. Tuan Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, Ketua Disiplin Mekanikal, YBrs. Ir. Hanizan binti Shafii, Ketua Disiplin Elektrik dan YBrs. Ir. Hamzah bin Hashim, Ketua Urusetia, Urusetia Disiplin Awam.