Pada 23 Oktober 2024 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan bagi tahun 2024 yang bertempat di Dewan Emerald, Tingkat 18, Cawangan Kerja Keselamatan, Menara Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan dengan penyampaian ucapan YBrs. Ir. Maria bin Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan. Majlis perjumpaan ini telah dihadiri oleh Ketua - Ketua Bahagian di CKS, Pegawai-pegawai Pengurusan & Profesional dan Pegawai-pegawai Kumpulan Sokongan serta warga CKS yang berada di ibu pejabat.
Di dalam ucapannya, YBrs. Ir Maria binti Marcus turut berpesan kepada seluruh warga kerja CKS untuk terus mewujudkan suasana persekitaran kerja yang menyeronokkan serta menyemai semangat berpasukan secara lebih proaktif dan produktif, berdasarkan pendekatan baharu yang bakal diperkenalkan oleh JKR Malaysia iaitu I AM JKR ( I2C, ICE dan PERC). Antaranya satu kaedah penerapan budaya baharu melalui I2C ( Berinovasi (Inovasion), Berkolaborasi (Colabration) dan Mengutamakan Pelanggan (Customer Centric) dimana ianya sejajar dengan Misi dan Visi jabatan.
Selain itu, Majlis perjumpaan pada kali ini turut menggabungkan sesi penganganugerahan sijil dan penyampaian hadiah seperti berikut:
- Tokoh Cawangan Kerja Keselamatan;
- Kakitangan CKS yang telah berpindah pejabat;
- Kakitangan yang telah bersara tahun 2024; dan
- Penyerahan Hadiah dibawah Program Sukan CKeS: Piala Pusingan Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan.
Semoga JKR Malaysia terus cemerlang melalui pendekatan dan perkongsian oleh YBrs Ir. Maria Marcus sebagai satu persediaan dan pemakluman awal kepada warga CKS.
“STRIKE WHILE IRON IS STILL HOT”.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1232 bacaan