Date: Isnin, Mei 6, 2019

Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah diadakan pada 3 Mei 2019 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri semua ketua bahagian dan warga CDPK.

Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh kakitangan CDPK. Pengarah CDPK turut mengambil bahagian. Aktiviti ini adalah selaras dengan saranan kerajaan supaya kakitangan kerajaan meluangkan masa selama 10 minit untuk melakukan senaman.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah CDPK. Seterusnya pengarah CDPK telah menyampaikan Anugerah Pegawai Contoh CDPK Julai – Dis 2018. Pegawai cemerlang yang berjaya adalah En. Bukhary bin Mamat (Gred 41-44) dari Bahagian Teknologi Maklumat dan En. Ermie Bin Mahmud (Gred 40 ke bawah) dari Bahagian Pembangunan Sumber Manusia . Sesi interaksi Pengarah CDPK  bersama warga turut diadakan. Warga CDPK telah mengambil peluang untuk mengajukan soalan dan pandangan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan tamat jam 11.00 pagi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.