Date: Selasa, September 8, 2020

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan pada 7 September 2020 Dan telah dirasmikan oleh YBhg. Ir. Dato’ Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya. Sebanyak sembilan (9) Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dalam bidang Building Information Modelling (BIM). Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang BIM antara JKR dan sembilan (9) UA ini merupakan kolaboratif antara pihak JKR dengan universiti tempatan. Ianya adalah salah satu inisiatif JKR melalui Pelan Strategik JKR 2016-2020 di bawah Tema 3 iaitu sebagai Pusat Kecemerlangan Teknikal dengan mengadaptasi BIM dalam pelaksanaan projek.

Secara dasarnya tujuan kolaboratif dengan mengadakan MoU ini adalah seperti berikut:

a.Mengukuhkan jalinan kerjasama kedua-dua pihak;

b.Melaksanakan program BIM yang terancang bagi memperluaskan skop potensi BIM. Tanggungjawab ini merangkumi aspek kajian, pembangunan, penyelidikan dan latihan; dan

c.Memantapkan kerjasama erat yang berterusan antara Kerajaan dengan pihak akademik untuk mewujudkan ekosistem dan transformasi pengetahuan BiM dengan lebih tersusun dan terancang.

Sebagai sebuah pusat rujukan teknikal yang unggul, kerjasama seperti ini perlulah dibuat bagi memastikan pembangunan penyelidikan dalam bidang BIM ini dapat membantu memacu produktiviti dalam industri pembinaan ke arah _industrial revolution_ 4.0.