KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2024 – Majlis Ramah Mesra Alumni UTM telah berlangsung dengan jayanya di antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis yang penuh makna ini dihadiri lebih kurang 300 alumni UTM yang kini berkhidmat di JKR Malaysia.
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat YBhg. Dato' Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBrs. Profesor Ts. Dr. Ali bin Selamat, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UTM, mewakili Naib Canselor UTM.
Hadir sama adalah YBhg. Dato’ Ir. Mohammed Noor bin Abu Hassan, Ahli Lembaga Pengarah UTM; YBhg. Dato’ Ir. Mohamad Khairi bin Ambran, Presiden Persatuan Alumni UTM; YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat; YBrs. Profesor Madya Dr. Hisham bin Rasidi, Pengarah UTM Alumni dan YBrs. Profesor Madya Dr. Robiah binti Suratman, Pengarah Endowmen UTM.
Majlis yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan kerjasama dan memperkukuhkan jalinan silaturrahim antara alumni UTM di jabatan ini. Pada masa yang sama, majlis ini menjadi wadah untuk membina kolaborasi strategik dan perkongsian kepakaran dalam kalangan alumni bersama-sama pihak universiti daripada pelbagai disiplin, demi manfaat bersama.
Terima kasih dan syabas diucapakan atas kolaborasi ini. Adalah diharapkan agar majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Pautan koleksi gambar : https://shorturl.at/Z8j2J (link is external)
- 1336 bacaan